Mesiniaga dapat kontrak PERKESO bernilai RM31 juta
KUALA LUMPUR: Mesiniaga Bhd hari ini mengumumkan bahawa pihaknya menerima surat lantikan (LOA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk penyelenggaraan perkakasan dan perisian secara komprehensif bagi pengeluaran, persekitaran pembangunan dan pemulihan bencana di Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC).