Skin barrier kunci kecantikan kulit
KUNCI utama kecantikan kulit adalah apabila penghalang kulit (skin barrier) sihat dan kuat. Ini kerana, ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit daripada kerengsaan, kekeringan dan tekanan persekitaran.Di Malaysia, terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan kulit sensitif termasuk haba, kelembapan, pencemaran dan tekanan gaya hidup. Akibat daripada penghalang kulit yang lemah, orang ramai boleh mengalami masalah seperti kekeringan dan ketegangan, kerengsaan pada kulit, jerawat, rosacea dan ekzema.