Tang Jie-Ee Wei semakin matang – Rexy
Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky optimis beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini semakin profesional di dalam gelanggang dan fokus mereka lebih tertumpu kepada Kejohanan Dunia di Paris yang akan berlangsung pada Isnin ini hingga 31 Ogos.