Koop Sahabat suntik RM2 juta perkasa nilai daya saing anggota usahawannya
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) melangkah lebih jauh dalam memperkasakan usahawan anggotanya menerusi pelancaran jenama komersial baharu, Sahabat Brand dengan peruntukan RM2 juta bagi membuka peluang produk tempatan menembusi pasaran utama.