Sembilu The Reunion Live In Concert Hidupkan Nostalgia
Pernah menjadi fenomena dan filem terunggul pada era 90-an, Sembilu kini kembali dengan sebuah persembahan mega menerusi Sembilu The Reunion Live In Concert yang bakal membawa tiga karakter ikonik karya berkenaan iaitu Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.