FAM serah penuh kepada pengurusan skuad B-23 negara – Yusoff
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk menjalankan penilaian menyeluruh terhadap prestasi pasukan selepas tersingkir dari saingan Piala AFF B-23, semalam.