Nor Saiful gesa skuad hoki remaja buru penamat terbaik
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mahu barisan pemainnya meneruskan misi memburu penamat terbaik pada Kejohanan Hoki Remaja Asia di Moqi, China, selepas mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan.