Kebersihan Membawa Keberkatan, Atita Haris & Nas-T Turun Padang, Ceriakan Rumah Amal Bersama Clorox
Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk berkongsi kebaikan dan menyebarkan kegembiraan. Baru-baru ini, OHBULAN! bersama Clorox Malaysia berkesempatan mengadakan aktiviti gotong-royong di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh menerusi inisiatif OhKasih yang membawa tema Kebersihan Membawa Keberkatan. Program ini bertujuan menceriakan kediaman anak-anak di rumah amal tersebut sambil membuat persiapan menyambut Syawal. Sukarelawan yang hadir berganding bahu