Peguam Najib fail 6 rayuan
KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak memfailkan enam rayuan pada 8 dan 15 Disember lalu, berhubung sabitan serta hukuman diputuskan terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.