KL City buat Kedah kempunan mata penuh
Alor Setar : Skuad futsal Kedah terpaksa menggigit jari apabila terlepas peluang meraih mata penuh selepas diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada saat akhir perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) semalam.