Ziyad panas badan dengan raih tempat kedua rejam lembing
Nakhon Ratchasima: Jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli memilih pendekatan santai ketika bertanding dalam acara rejam lembing F20 yang disifatkannya sebagai aksi pemanas badan menjelang acara sebenar beliau, iaitu lontar peluru pada Sukan Para Asean (APG) Thailand 2025, esok.