Nani ‘meletup’ selepas bangkit daripada kecederaan
Kuala Lumpur: Atlet lontar peluru wanita Universiti Putra Malaysia (UPM), Nani Sahirah Maryata membuktikan kecederaan yang dialami awal tahun ini tidak menghalang dirinya mencipta sensasi apabila meraih emas sambil memecahkan rekod temasya pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026, hari ini.