Pos Malaysia catat pendapatan RM501.4 juta suku pertama 2026
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama (S1) tahun 2026 dengan mencatat pendapatan sebanyak RM501.4 juta, naik 7.2 peratus suku ke suku (berbanding suku keempat 2025) dan pertumbuhan 7.3 peratus tahun ke tahun (berbanding suku pertama tahun 2025).