Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

super-bm

6 Results / Page 1 of 1

Nasional

SPRM sita 8 kenderaan mewah milik sindiket seludup rokok, arak

Di antara kereta mewah disita SPRM daripada individu dipercayai sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok. Menurut sumber SPRM, model kenderaan yang disita adalah masing-masing dua unit Lamborghini serta Toyota manakala setiap seunit Lexus, Mercedes, BMW, dan Volvo dalam operasi khas sekitar Lembah […]

today17 March 2024

Nasional

Jangan salahkan Umno Muafakat Nasional terkubur, kata Zahid

Muafakat Nasional ditubuhkan pada Sept 2019 ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang. PETALING JAYA: Bukan salah Umno yang menyebabkan runtuhnya kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, kata Presiden Umno Zahid Hamidi. Justeru itu, Zahid berkata adalah lebih baik Umno bersama rakan-rakannya dalam kerajaan perpaduan, termasuk bekas seteru utama DAP. “Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam kerajaan Madani bagi membentuk kekuatan dan kestabilan politik,” katanya […]

today16 March 2024

Nasional

Tak perlu bodek menteri, fokus siapkan kerja, Loke beritahu kontraktor

Loke Siew Fook berkata, prestasi SMH Rail Sdn Bhd akan dipantau kementeriannya. PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengingatkan kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan hanya perlu fokus menyiapkan kerja dengan baik, bukannya cuba membodek menteri. Katanya, tidak perlu “kenal menteri” dalam situasi sedemikian. “Bagi kerajaan semasa, anda tak perlu kenal menteri, anda hanya perlu tahu siapkan kerja anda. “Paling penting, buat kerja anda dengan baik,” katanya pada majlis penyerahan […]

today16 March 2024

Nasional

Bas pelancong Thai: Kelantan akan mohon temujanji dengan Loke

Menteri Loke Siew Fook berkata kerajaan negeri boleh meminta kerajaan mengkaji dasar berkaitan bas pelancong dari Thailand. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Kerajaan Kelantan akan menulis kepada Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memohon pertemuan diadakan untuk membincangkan larangan ke atas bas pelancongan dari Thailand memasuki negeri-negeri di sempadan. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kamarudin Md Nor menjelaskan bahawa terdapat kesilapan dalam laporan terdahulu yang melaporkan surat berkenaan sudah diutus. “Ianya sedang […]

today15 March 2024

Nasional

74 resolusi, 150 program KEB2024 dimuktamad

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kejayaan sebenar KEB 2024 terletak pada usaha menyeluruh semua pihak berkepentingan untuk menterjemahkan resolusi berkenaan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) yang berlangsung hari ini memuktamadkan 74 resolusi dan 150 program yang digariskan melalui pembentangan 10 Kumpulan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024. Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata resolusi […]

today15 March 2024

Nasional

Malaysia bukan pengeluar, pengeksport dadah, kata KPN

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Malaysia bukan pengeluar dan pengeksport dadah kerana jumlah makmal dadah yang diserbu di negara ini adalah rendah serta berskala kecil. JOHOR BAHRU: Polis menafikan bahawa Malaysia merupakan negara pengeksport dan pengeluar dadah berikutan jumlah makmal pemprosesan yang berjaya dibongkar setakat ini adalah kecil. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tidak sampai 20 makmal dadah berjaya dibongkar tahun lepas yang hanya memproses dadah untuk skala […]

today14 March 2024