Hong Seng, Mitsui bentuk perkongsian strategik
KUALA LUMPUR: Hong Seng Consolidated Bhd pada Isnin menerima surat hasrat (LOI) daripada Mitsui & Co (Malaysia) Sdn Bhd untuk membentuk perkongsian strategik bagi perniagaan getah nitril butadiena (NBL) di bawahnya yang terletak di Kedah Rubber City (KRC) dan perniagaan perkhidmatan logistik bersepadu di Pulau Pinang.