Silap mendarat ketika acara nandao punca Cheong Min raih gangsa
Nagoya: Atlet wushu negara, Tan Cheong Min terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara nanquan-nandao wanita selepas melakukan kesilapan ketika mendarat dalam disiplin nandao pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.