Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Tenis

757 Results / Page 84 of 85

Sukan

Humbert hantar Tsitsipas pulang | Harian Metro

Paris: Pilihan kedua, Stefanos Tsitsipas tersingkir daripada Paris Masters selepas tewas kepada pemain Perancis, Ugo Humbert dalam aksi maraton pusingan kedua. Humbert yang menang kali ketujuh berturut-turut selepas menjuarai gelaran Antwerp bulan lalu terlepas empat mata akhir sebelum menang 7-6 (7/4), 6-7 (6/8), 7-6 (7/3). Dia jelas bergelut pada tie-break di set akhir selepas berada lebih tiga jam di atas gelanggang tetapi Tsitsipas berkata dia turut tidak cergas sepenuhnya. "Saya... […]

today4 November 2020

Sukan

Khachanov bungkus awal | Harian Metro

Paris: Bekas juara Karen Khachanov tersingkir di pusingan pertama Paris Masters selepas tewas kepada pemain kelayakan dari Sepanyol, Alejandro Davidovich, awal pagi tadi. Pemain Rusia itu tewas 6-3, 2-6, 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung tanpa penonton di Bercy Arena. Penganjur sebelum ini membenarkan kehadiran 1,000 penonton tetapi sebaliknya mengembalikan semula tiket selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan semula kawalan pergerakan minggu... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 November 2020

Sukan

Hanya perlu lapan minit ke suku akhir

Vienna: Pemain Russia, Andrey Rublev hanya memerlukan lapan minit untuk mara ke suku akhir ATP Vienna selepas pemain remaja Itali, Jannik Sinner menarik diri akibat kecederaan. Pilihan kelima, Rublev mendahului 2-1 pada set pertama apabila pemain ranking ke-43 dunia berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan kaki kanan. Rublev yang mara ke saingan suku akhir kali kesembilan musim ini akan menentang pilihan kedua dan juara bertahan, Dominic Thiem untuk memburu tempat […]

today30 October 2020

Sukan

Zverev buru kejuaraan kedua ATP

Berlin: Alexander Zverev berada di landasan tepat untuk memenangi kejuaraan kedua ATP di Cologne dalam masa seminggu selepas memastikan kemenangan straight set ke atas pemain remaja Itali, Jannik Sinner pada aksi separuh akhir. Zverev, 23, mengubat kekalahan awal bulan ini dalam saingan 16 terakhir Terbuka Perancis berdepan Sinner, 19, dengan melakukan 7-6 (7/3), 6-3 kemenangan ke atas peserta wildcard itu. Kecederaan pinggul yang mengganggu prestasi Zverev, pemain ranking ketujuh dunia,... […]

today25 October 2020

Sukan

Nadal uji pemain golf profesional

Madrid: Rafael Nadal akan menggantikan raketnya dengan kayu golf untuk beraksi dalam Kejohanan Balearic di Mallorca esok menurut beberapa laporan di Sepanyol. Nadal adalah pemain golf berbakat dengan handikap 0.3 dan dia akan menyertai senarai 60 pemain di kejohanan itu, termasuk 23 pemain profesional dan 37 amatur. Ia bukan kejohanan pertama Nadal dalam sukan berkenaan, pemain Sepanyol itu menamatkan saingan di tempat kedua hujung minggu lalu dalam kejohanan V Test […]

today23 October 2020

Sukan

Maria singkir pilihan utama | Harian Metro

Prague: PIlihan utama, Elina Svitolina tersingkir daripada Kejohanan WTA Terbuka Ostrava selepas tewas straight set kepada Maria Sakkari, awal pagi tadi. Sakkari, pemain nombor 23 dunia menewaskan Elina, pemain nombor lima dunia 6-3, 6-3 dalam masa 1 jam 16 minit untuk mara ke suku akhir. "Saya rasa pukulan saya sangat menjadi dan mengawal permainan dengan baik di bahagian belakang,'' kata pemain Greece itu kepada Televisyen Czech selepas tamat perlawanan. "Sudah […]

today22 October 2020

Sukan

Djokovic kongsi ilmu tenis dengan kanak-kanak

Belgrade: Novak Djokovic dilihat memberi tips latihan tenis kepada kanak-kanak ketika dia membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di Belgrade minggu ini sekalipun undang-undang ketat berkaitan penjarakan sosial dilaksanakan di Serbia. Pemain nombor satu dunia itu kembali ke kampung halamannya selepas tampil dalam final Terbuka Perancis minggu lalu dan dirakam dengan video sedang memberi tips latihan tenis kepada kanak-kanak bagaimana membuat pukulan menggunakan raket tenis. Sambil... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 October 2020

Sukan

Johanna fokus musim 2021 | Harian Metro

Britain: Pemain nombor satu Britain, Johanna Konta menarik diri daripada kejohanan WTA minggu depan di Republik Czech kerana tidak selesa melakukan perjalanan ketika peningkatan semula kes Covid-19. Ia bermakna pemain berusia 29 tahun itu tidak akan beraksi lagi pada tahun ini sebaliknya hanya membuat persediaan bagi musim 2021. Johanna pemain ranking ke-13 dunia, tewas kepada pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu. Kejohanan Terbuka... […]

today16 October 2020

Sukan

Rekod Nadal di Paris sukar digugat – Murray

Cologne, Jerman: Andy Murray menjangkakan rekod 13 kejuaraan Terbuka Perancis milik Rafael Nadal tidak akan diatasi oleh sesiapa. Murray bekas pemain nombor satu dunia dari Britain berazam untuk bangkit pada kejohanan di Cologne minggu ini selepas aksi mengecewakannya di Roland Garros. Murray, 33, juara bertahan Olimpik, tersingkir dengan straight set di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu kepada Stan Wawrinka. Dia yang berusaha meningkatkan permainan apabila kembali beraksi... Klik untuk […]

today13 October 2020