Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Tennis

511 Results / Page 57 of 57

Sukan

Aryna julang trofi Terbuka Ostrava

Prague: Pilihan ketiga, Aryna Sabalenka dari Belarus muncul juara Terbuka Ostrava selepas mengalahkan rakan senegara, Victoria Azarenka straight set. Aryna yang juga pemain ke-12 dunia mengambil masa satu jam lapan minit bagi mengatasi lawannya, 6-2, 6-2. Ia adalah kejuaraan kedua Aryna tahun ini selepas muncul juara di Terbuka Qatar Februari lalu sebelum pandemik Covid-19 mengganggu kalendar tenis dunia. Ini juga adalah kali pertama pertemuan antara dua pemain dari Belarus di […]

today26 October 2020

Sukan

Kebangkitan luar biasa Aryna | Harian Metro

Prague: Aryna Sabalenka mempamer kebangkitan luar biasa menewaskan wakil Sepanyol, Sara Sorribes Tormo untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan WTA Terbuka Ostrava. Pemain Belarus itu gagal menyinar di set pertama apabila tewas teruk sehingga gagal memperoleh mata dan dilihat tidak mampu menyaingi Sara. Bagaimanapun dia bangkit untuk mencatatkan kemenangan meyakinkan 0-6, 6-4, 6-0. Sehari sebelum itu, pemain yang menduduki ranking ke-12 dunia itu turut melakukan kebangkitan apabila pada... Klik untuk […]

today24 October 2020

Sukan

Djokovic sasar kekal nombor satu

Visoko: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata dia berharap dapat beraksi dua kejohanan lagi sehingga hujung musim ini iaitu di Vienna dan London sekali gus mengekalkan ranking teratas. "Saya akan beraksi pada Kejohanan Vienna yang pada awalnya tidak berada dalam jadual asal," kata Djokovic. Dia bercakap ketika mengunjungi sebuah taman kesihatan di Bosnia untuk menjalani proses pemulihan selepas tewas kepada Rafael Nadal pada final Terbuka Perancis, Ahad lalu. […]

today16 October 2020

Sukan

Iga Swiatek mahu setaraf Nadal

Paris: Iga Swiatek menganggap kejayaannya memenangi Terbuka Perancis adalah 'pengalaman yang mengubah hidupnya' selain berkata cabaran terbesarnya mahu kekal konsisten seperti idolanya, Rafael Nadal yang memenangi 12 gelaran Roland Garros. Iga, 19, muncul pemain pertama Poland yang memenangi Grand Slam acara perseorangan selepas menewaskan juara Terbuka Australia, Sofia Kenin 6-4, 6-1 pada aksi final semalam. Dia memadam rekod rakan senegara, Jadwiga Jedrzejowska – pemain terbaik Poland... Klik untuk baca artikel […]

today11 October 2020

Sukan

Djokovic, Nadal bertembung di final epik

Paris: Novak Djokovic akan bertemu Rafael Nadal pada final Terbuka Perancis awal pagi Isnin selepas meraih kemenangan dramatik lima set mengatasi Stefanos Tsitsipas di separuh akhir. Djokovic yang menduduki ranking pertama dunia dan juga muncul juara di Roland Garros pada 2016, melangkah ke pentas final kali kelima di Paris dengan menewaskan Tsitsipas 6-3, 6-2, 5-7, 4-6, 6-1 yang menyaksikannya mempunyai peluang untuk meraih mata kemenangan di set ketiga. Nadal, juara […]

today10 October 2020

Sukan

Nadal atasi kesejukan mara ke separuh akhir

Paris: Rafael Nadal mara ke separuh akhir Roland Garros buat kali ke-13 dengan kemenangan 'straight set' ke atas pemain remaja Itali, Jannik Sinner namun dia mendakwa sangat 'bahaya' menamatkan aksi jam 1.30 pagi tatkala cuaca mencatatkan 12 darjah selsius. Nadal, yang juga juara 12 kali, mengalahkan Sinner, 19, 7-6 (7/4), 6-4, 6-1 bagi mengumpul 98 kemenangan dalam 100 penampilan di Terbuka Perancis. Dia akan berdepan Diego Schwartzman, di mana dia […]

today7 October 2020

Sukan

Nadal, Thiem mara ke suku akhir

Paris: Juara 12 kali, Rafael Nadal mara ke suku akhir Roland Garros buat kali ke-14, manakala Dominic Thiem terselamat dalam aksi epik lima set dan Alexander Zverev memberi alasan dia terpaksa beraksi walaupun sukar bernafas akibat masalah kesihatan. Nadal berjaya mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Sebastina Korda 6-1, 6-1, 6-2 untuk berada dalam landasan terbaik bagi menyamai rekod meraih 20 kejuaraan Grand Slam. Ia adalah kemenangan kali ke-97 Nadal dalam kejohanan […]

today5 October 2020

No more entries