Terberg Tractors terima tempahan RM200 juta untuk traktor terminal elektrik berkuasa bateri
Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (TTM), usaha sama antara Sime Darby Industrial Sdn Bhd (Sime Industrial) dan Royal Terberg Group BV (Royal Terberg) yang berpangkalan di Belanda, telah memperkenalkan traktor terminal elektrik berkuasa bateri sepenuhnya menerusi pelancaran YT201EV.