Kuala Terengganu: Jenazah legenda bola sepak negara, Harun Jusoh, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk pada jam 9.30 malam ini.
Kuala Nerus: Kelebihan satu jaringan diharap tidak dipersiakan Terengganu FC (TFC) apabila bermain di laman sendiri dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur (KL) City, 3 November depan.
Kuala Terengganu: Hasrat Terengganu FC (TFC) untuk meminda jadual perlawanan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) menentang kelab Filipina, Stallion Laguna FC tidak kesampaian apabila perlawanan kekal berlangsung pada sebelah petang Khamis ini.
Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengesahkan jadual perlawanan aksi Liga Super antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC (TFC) kekal pada 29 Oktober ini.
Kuala Lumpur: Terengganu FC membawa bekalan tipis ke Kuala Terengganu selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak KL di Cheras, malam tadi.
Kuala Terengganu: Pengalaman pertama bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon, baru-baru ini, bakal dimanfaatkan sebaik mungkin penjaga gol Terengganu FC (TFC), Suhaimi Husin.
Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menuntut pemainnya agar lebih bijak 'merantai' penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) daripada bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.
Kuala Terengganu: Hanya doa dan sokongan yang dapat diberikan pertahanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Safwan Mazlan selepas dia terpaksa diketepikan jurulatih, Tomislav Steinbruckner.