Legenda UFC dihukum penjara lima tahun
London: Legenda UFC, Cain Velasquez dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku tanpa bantahan terhadap pertuduhan cubaan membunuh.
London: Legenda UFC, Cain Velasquez dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku tanpa bantahan terhadap pertuduhan cubaan membunuh.
London: Petarung Amerika, Sean Brady meraih kemenangan terbesar dalam kariernya menerusi gerakan kuncian ke atas bekas juara welterweight, Leon Edwards, sekali gus mendiamkan penonton di Arena O2 London.
Washington: Bintang seni bela diri campuran (MMA) dari Ireland, Conor McGregor, menggunakan lawatannya ke Rumah Putih sempena Hari St Patrick untuk melancarkan serangan terhadap isu imigresen haram di negaranya.
Las Vegas: Magomed Ankalaev menumbangkan Alex Pereira untuk merangkul kejuaraan light heavyweight UFC selepas meraih kemenangan menerusi keputusan sebulat suara di UFC 313, hari ini, sekali gus menyaksikan Pereira mengalami kekalahan kali pertamanya dalam divisyen itu.
Washington: Pengarah FBI yang baru dilantik, Kash Patel, sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk jurulatih dari Ultimate Fighting Championship (UFC) bagi meningkatkan kemahiran seni mempertahankan diri dan pertahanan ejen-ejen FBI, menurut sumber yang mengetahui perbincangan berkenaan.
London: Carl Froch melabelkan bintang UFC, Conor McGregor sebagai 'kurang ajar' selepas petarung dari Ireland itu dirakam meludah di muka seorang lelaki.
London: Conor McGregor mengesahkan akan kembali beraksi buat pertama kali sejak 2021, tetapi bukan di dalam Octagon.
Dublin: Bintang UFC Conor McGregor didapati bersalah oleh juri sivil Ireland atas tuduhan menyerang secara seksual seorang wanita di bilik hotel di Dublin pada Disember 2018.
Abu Dhabi: Ilia Topuria berjaya mempertahankan gelaran featherweight di Abu Dhabi dengan Technical Knockout (TKO) di pusingan ketiga (1:34) ke atas Max Holloway dalam acara utama UFC 308.