NATO kerah pasukan tindak balas perkukuh pertahanan Ukraine
BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg pada Jumaat memaklumkan pakatan itu akan mengerahkan pasukan tindak balas pantasnya buat pertama kali bagi memperkukuh pertahanan dalam menghadapi pencerobohan Russia ke atas Ukraine.