Program Serumpun perkukuh kesedaran komuniti Temuan, mahasiswa UUM tentang literasi tenaga
Lebih 250 peserta menghadiri Program Serumpun: Mahasiswa UUM Bersama Komuniti Temuan di Dewan Kampung Orang Asli Bukit Tadom di sini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor korporat dan komuniti dalam usaha memperkasakan masyarakat Orang Asli melalui pendidikan, keselamatan dan pembangunan sosial.