UCI tak iktiraf tapi boleh anjur kejohanan dalaman
Kuala Terengganu: "Walaupun velodrom di Dungun tidak mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk penganjuran antarabangsa, tapi gelanggang itu boleh dijadikan pusat latihan dan pembangunan bakat baharu. Malah tiada masalah jika mahu menganjurkan kejohanan peringkat dalaman."