Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

videocomel

89 Results / Page 8 of 10

Gaya Hidup

Budak Lelaki Buat Muka Lepas Kena Marah

Menerusi video berdurasi 41 saat yang dikongsi oleh Elliza Razak iaitu bekas peserta program realiti Akademi Fantasia pada satu ketika dulu, kelihatan dia sedang memarahi anaknya gara-gara si kecil itu tertumpahkan air di atas katil.Tetapi apa yang menimbulkan dekah ramai adalah apabila anaknya yang bernama Emmir itu spontan membuat reaksi muka menyampah dengan menaikkan kedua-dua matanya ke atas.Gelagat si cilik itu automatik membuatkan ibunya gelak sakan dan tidak jadi nak […]

today8 April 2021

Gaya Hidup

Kanak-Kanak Berleter Loghat Kedah

Video berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh @YAYA_Translators memaparkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Yaya itu sedang berbual dengan ayahnya di dalam kereta.Apa yang membuatkan video tersebut tular adalah cara Yaya bercakap dengan ayahnya sebiji macam orang dewasa dan seolah-olah tidak padan dengan umurnya yang masih kecil.Malah, si kecil itu berjaya mencuit hati ramai gara-gara loghat utaranya yang sangat pekat. Hal itu terjadi mungkin kerana kedua-dua ibu bapanya berasal... Klik […]

today6 April 2021

Gaya Hidup

[VIDEO] Dulu Viral Sebab Takut Makan Ubat, Sekarang Siap Dah Jadi Penolong Ketua Kelas

Baru-baru ini, Maya Zarra sekali lagi viral di laman Twitter menerusi sebuah video berbual bersama ibunya.Difahamkan, dia kini menjadi penolong ketua kelas dan bercerita kepada ibunya bagaimana dia mengendalikan pelajar-pelajar yang baik dan nakal.Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah cara Maya bercerita itu tidak nampak seperti budak darjah 2 kerana percakapannya sangat matang macam orang dewasa.Lihat video penuh tersebut di bawah:

today12 March 2021

Gaya Hidup

Viral Video Anak Kesayangan Pantang Letak Dekat Mana-Mana Mesti Tertidur, Comel Habis!

Menerusi video perkongsian daripada Wan Nur Amirah dengan kapsyen "dari kecik sampai besar kat mana-mana pun boleh tidur", dia telah membuat kompilasi rakaman anak kecilnya yang mudah tertidur tidak kira tempat dan masa.Kebiasaannya kita selalu dengar anak kecil sering menghadapi masalah susah nak tidur. Tetapi berbeza pula dengan anak Wan Nur Amirah yang comel itu kerana dia mudah terlelap.Aksinya yang sering tidur terlentok tidak kiralah ketika makan, bermain atau duduk, […]

today11 March 2021

Gaya Hidup

[VIDEO] “Kantoi Pun Comel!” – Gelagat Tunku Azizah Curi-Curi Makan Buat Netizen Terhibur

Menerusi video berkenaan yang dipercayai telah dimuat naik oleh laman TikTok fans Tunku Azizah, gelagat baginda berjaya mencuit hati netizen.Tunku Azizah dilihat sedang mengambil makanan di meja depannya sambil membuka sedikit face mask untuk makan. Namun, sebaik saja baginda menyedari aksinya itu dirakam, baginda dengan pantas memasukkan makanan ke dalam mulutnya sambil ketawa kecil.Walaupun potongan video itu hanya beberapa saat saja, tetapi reaksi muka Tunku Azizah selepas kantoi... Klik untuk […]

today9 March 2021

Gaya Hidup

Cikgu Lelaki Ini Jadi Kalut Nak Bagi ‘On Point’ Bila Anak Muridnya Minta Betulkan Tudung

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Cikgu Suryadi, ia memaparkan gelagat seorang anak murid perempuannya di dalam kelas yang baru masuk darjah satu.Murid berkenaan secara tiba-tiba datang kepadanya dan meminta tolong Cikgu Suryadi untuk membetulkan tudungnya yang senget.Walaupun kalut kerana tidak pernah betulkan tudung perempuan, Cikgu Suryadi gigih cuba membetulkan tudung anak muridnya itu agar nampak on point.Setelah beberapa kali percubaan untuk membetulkan posisi... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 March 2021