Aaron–Wooi Yik tepati ramalan
Kuala Lumpur: Beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan hari cemerlang kem badminton negara apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menewaskan beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi–Presley Smith, di Axiata Arena, hari ini.