Golf PEKEMA lakar sejarah, salur RM30,000 kepada bekas atlet
Kuala Lumpur: Edisi ke-12 saingan Golf Piala Presiden PEKEMA 2026 bukan sekadar mencatat rekod penyertaan tertinggi sepanjang sejarah kejohanan, malah memperkukuh agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila sumbangan sebanyak RM30,000 disalurkan kepada 10 bekas atlet negara menerusi kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).