Fadhil tunai hajat yang tertangguh
Kuala Lumpur: Hasrat pelumba berbasikal trek negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis menghantar ibunya mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah tercapai namun sedikit terkilan kerana tidak bersama bapanya yang meninggal dunia dua tahun lalu susulan komplikasi buah pinggang dan kencing manis.