Site icon Kool FM

‘Tahan Lasak Juga Myvi’ – Orang Ramai Kecut Perut Lihat Rakaman Pokok Tumbang Mengejut




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada hari Jumaat terakhir tahun 2021 baru-baru ini, dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang di persimpangan empat berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju Seksyen 2.

Insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Honda Civic terbabit telah dirakam oleh dashcam milik satu lagi pengguna jalan raya yang berada di belakang kedua-dua kenderaan tersebut.

Insiden tersebut telah menarik perhatian warganet yang berasa terkejut dan kecut perut apabila melihat pokok di tepi jalan itu tumbang secara tiba-tiba, lalu menghempap dua kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat merah.

 

Tambah orang ramai lagi, nasib baik pemandu Myvi itu menggerakkan keretanya kehadapan sedikit, jika tidak sudah pasti pokok tersebut akan jatuh mengenai bahagian cermin hadapan dan boleh mencederakan penumpang di dalamnya.

Netizen juga berkongsi pendapat bahawa amat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version