Begitupun, perarakan itu tidak sama sekali menjejaskan Israel secara fizikal kerana Israel membina pagar dan tembok tinggi memisahkan Palestin dengan Israel.
Walaupun perarakan mereka tidak bersenjata, ia memberikan kesan psikologi ketakutan kepada Israel. Sebagai tindak balas, pasukan pertahanan mereka menggunakan peluru hidup untuk membedil dan menyuraikan perhimpunan rakyat Palestin itu.
Oleh itu, walaupun setiap tahun Israel meraikan hari penubuhan negara mereka pada 14 Mei, rakyat Palestin menggelarkannya sebagai hari tragedi. Maka pada 15 Mei setiap tahun, ia dijadikan hari memperingati tragedi itu yang lebih dikenali dengan Hari Nakbah.
Bermula 2018, Hari Nakbah ini bertambah sedih dengan tindakan dan sikap AS yang secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Tindakan dibuat dengan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis bukan sahaja dilihat sebagai sokongan terpadu buat Israel bahkan ia tindakan membelakangi prinsip kemanusiaan dan dikecam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
