Pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen anak lelakinya menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika bercuti di London baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Sebak Dapat Tunaikan Permintaan Anak-Anak Ke Stadium Emirates – ‘Sudah Lama Mereka Teringin’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Agenda Tersembunyi, Hanya Kebajikan Anak-Anak’ – Rita Rudaini

Menerusi hantaran di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, memaklumkan situasi tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga menempuh perjalanan selama dua jam setengah sebelum singgah di sebuah kawasan hentian untuk menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan surau di lokasi berkenaan, mereka terpaksa mencari inisiatif lain dengan memilih ruang di tepi mesin ATM sebagai tempat untuk memunaikan ibadah solat.
Perjalanan hari ini dua jam setengah, singgah R&R nak Subuh. Sini tak ada surau, tapi ‘mommy’ cari ‘port’ baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: