Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak balas WhatsApp ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Tampar Teman Wanita Didenda RM800

today17 October 2024

Background
Tak balas WhatsApp 'Good Morning Sayang', Lelaki Tampar Teman Wanita Didenda RM800


Gara-gara tak balas mesej ucapan selamat pagi, seorang wanita ditampat oleh teman lelakinya.

Memetik Berita Harian, seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh gara-gara isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.

Baca Juga:

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan dengan menampar teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal, di sini, pada jam 12.15 tengah hari, 10 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.

Difahamkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post