Site icon Kool FM

Tak Buat Permohonan, Tiada Tiket Buat Penyokong Selangor


Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedahkan bahawa tiada jualan tiket diperuntukkan kepada penyokong Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei nanti.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi, pihaknya tidak menerima sebarang permintaan tiket dari pasukan pelawat.

Baca Juga:

Hanya tiket pentas utama (Grandstand) diberikan bagi memenuhi permintaan Selangor dalam surat yang diterima oleh JDT tempoh hari.

Selangor menjadi lawan buat JDT bagi merebut Piala Sumbangsih setelah muncul naib juara Liga Super 2023 manakala skuad Harimau Selatan bergelar juara ‘treble’.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami tidak menerima sebarang pemintaan untuk peruntukan tiket penyokong lawan bagi perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim 2024-25 antara Harimau Selatan dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version