Saingan Liga Super Turkiye sekali lagi mencuri tumpuan apabila tindakan Presiden Istanbulspor, Ecmel Faik Sarialioglu bertindak di luar kawalan.
Hal ini kerana presiden kelab yang kini menghuni tangga terbawah liga itu mengarahkan supaya para pemainnya tidak meneruskan permainan.
Artikel Berkaitan:
Tindakan yang boleh dianggap kurang bijak itu diambil Ecmel Faik kerana pengadil perlawanan, Ali Sansalan tidak memberikan sepakan penalti kepada Istanbulspor.
Ia berikutan kekasaran dilakukan pemain pertahanan Trabzonspor, Batista Mendy terhadap Florian Loshaj dalam kawasan penalti pada minit ke-73.
Tertekan kerana ketinggalan 1-2 dan tidak mendapat sepakan penalti yang diharapkan, Ecmel Faik berada di tepi padang lalu memanggil para pemainnya supaya tidak meneruskan aksi.
Beliau berkeras memaksa pemainnya meninggalkan padang dan masuk ke bilik persalinan walaupun terdapat insiden pemain pinjaman mereka, Simon Deli kelihatan berlutut merayu kepada Ecmel Faik Sarialioglu supaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: