Pada tahun lalu pempengaruh, usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri kongsikan kos-kos tersembunyi tinggal di rumah agam mewah yang mencecah ratusan ribu setahun.
Baru-baru ini beliau kongsikan proses untuk mengecat semula rumah agam selepas sepuluh tahun yang menelan kos belanja RM250,000.
Baca Juga:
“Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ini hampir 10 tahun pindah, dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya. Mungkin ramai yang tak percaya. Kos nak cat runah amatlah mahal hampir mencecah RM250,000,” katanya di hantaran Instagram.

Menurut usahawan itu, oleh sebab kos yang mahal, beliau mengecat sendiri rumah tersebut di bahagian bawah dan hadapan rumah.
“Baru saya tahu sebenarnya kos duduk, cat rumah bukan mudah seperti saya dijangkakan. Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih, saya boleh bayar kontraktor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: