Site icon Kool FM

‘Tak Macam Dulu’ – Pengunjung Kecewa Bazar Ramadan Kini Jadi ‘Food Festival’

'Tak Macam Dulu' – Pengunjung Kecewa Bazar Ramadan Kini Jadi 'Food Festival'


Bazar Ramadan merupakan salah satu acara yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana penawaran pelbagai juadah menarik yang boleh didapati hanya pada bulan tertentu sahaja.

Namun, sejak kebelakangan ini, wajah bazar yang dahulunya sinonim dengan kesederhanaan dan kemesraan mula mengalami transisi yang drastik.

Hal ini dibangkitkan oleh beberapa.pengunjung yang berkunjung ke bazar semalam berkongsi kegusaran mengenai suasana yang dirasakan semakin berubah.

Menurut seorang wanita, antara sebab mengapa dia merasakan Bazar Ramadan sudah tidak sama lagi apabila lebih banyak  menu makanan viral di festival makanan yang dijual berbanding  makanan kuih-muih tradisional dan lauk masakan ‘orang lama’.

“Bagi saya terlampau banyak makanan yang dijual seperti makanan masa festival makanan. Dia jadi hilang vibes bazaar ramadhan stadium mcm tahun-tahun sebelum ni yang banyak jual kuih muih dan pelbagai lauk….,” keluhnya.

Antara makanan viral…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version