Kool FM

Tak Mampu Bayar Sewa, Suami Isteri Jadikan Proton Perdana ‘Rumah’


Sepasang suami isteri terpaksa jadikan kereta Proton Perdana sebagai ‘rumah’ sejak dua minggu lalu, selepas dihalau dari kediaman flat didiami kerana gagal membayar sewa.

Kereta mereka dikelilingi pelbagai barangan peribadi selain ditutup dengan beg plastik lama dan kadbod.

Difahamkan penduduk sekitar Taman Bukit Kenangan berasa kurang senang dengan tindakan pasangan tersebut meletakkan ‘rumah Perdana’ mereka di situ kerana bimbang boleh mendatangkan bahaya pada masa akan datang, petik Harian Metro.

Sumber Gambar: New Straits Times

“Saya bersimpati dengan keadaan mereka, ini bukan tempat tinggal tetapi barang peribadi mereka sudah terkumpul dan kadang-kadang menghalang laluan orang ramai. Bahaya untuk warga emas dan kanak-kanak,” kata seorang pengumpul besi buruk.

“Situasi ini mengganggu dan sangat tidak bersih. Selain daripada barangan peribadi makanan turut dibiarkan terbuka dan itu menarik serangga dan haiwan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version