Pada hari semalam industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita Syamsul Yusof menfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Sementara bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana dilaporkan enggan mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya itu.
Baca Juga:
Memetik Harian Metro, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan sebarang kenyataan yang bakal diberikan.
“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.
“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.
“Saya percaya apa sahaja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.
“Saya bahagia dengan cara saya sendiri….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: