Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan jabatan tersebut merekodkan peningkatan ketara sebanyak 53 peratus dalam transaksi pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) di seluruh negara.
Katanya, purata harian pembaharuan CDL sebelum pengumuman BUDI95 adalah kira-kira 17,000 transaksi.
Baca Juga:
Bagaimanapun, kini angka itu melonjak kepada 26,000 transaksi sehari, petik laporan Harian Metro.
“Berdasarkan rekod, sejumlah 23,125 transaksi dicatat pada 23 September dan meningkat sedikit kepada 23,160 transaksi pada 24 September.
“Jumlah itu kemudian melonjak signifikan sebanyak 45.6 peratus kepada 33,714 transaksi pada 25 September menerusi saluran sedia ada JPJ serta rakan strategik seperti Pos Malaysia dan MyEG,” katanya baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, negeri yang bercuti hujung minggu pada Jumaat iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu turut merekodkan jumlah pembaharuan lesen memandu yang lebih tinggi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
