Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyita sebuah kereta mewah jenis Nissan GT-R R35 milik seorang ahli perniagaan dari Kedah.
Sitaan itu dibuat atas kesalahan cukai jalan tahunan sebanyak RM5,725.50 dan perlindungan insurans kereta mewah tersebut sudah tamat tempoh sejak pertengahan Mei lalu.
Baca Juga:
Memetik Bernama, Pengarah JPJ Perlis Noraini Mohd Nawi berkata pihaknya menahan kereta dengan nilai anggaran semasa kira-kira RM350,000 milik lelaki berusia 40-an itu di Jalan Chuping-Padang Besar semasa rondaan Op Luxury kira-kira 4 petang, 5 Oktober lalu.
“Difahamkan lelaki itu ke Perlis kerana mempunyai urusan di Padang Besar dan mendakwa tidak menyedari cukai jalan kereta tersebut tamat tempoh,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Perlis baru-baru ini.
JPJ Perlis sita 80 kenderaan sejak 1 Ogos
Sepanjang tempoh 1 Januari hingga kini, JPJ Perlis telah menyita sebanyak 80 buah kenderaan pelbagai jenis.
“Antara alasan yang sering…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
