Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak Perlu Pisau, Ini Cara Mudah Buka Buluh Lemang Guna Lesung Batu

today10 April 2024

Background
Tak Perlu Pisau, Ini Cara Mudah Buka Buluh Lemang Guna Lesung Batu


Selain cabut dan pasang hook langsir, kopek buka buluh lemang juga menjadi salah satu tugasan utama sebagai seorang lelaki. Selalunya cara untuk buka buluh lemang akan menggunakan pisau atau parang.

Jika tidak kena cara, pasti buluh lemang itu tidak terbuka dan boleh mencederakan tangan.

Baru-baru ini tular beberapa klip video cara mudah untuk buka buluh lemang tanpa perlu menggunakan pisau, mahupun parang.

Cukup hanya menggunakan lesung batu sahaja.

@salbiahak

CARA MUDAH BUKA LEMANG #bukalemang #jomraya

♬ bunyi asal – Salbiah Abdul Kadir – Sal AK

Menerusi video-video yang tular itu, lesung batu itu akan mengetuk pada bahagian ruas batang buluh lemang, iaitu di bahagian bawah buluh.

Semasa mengetuk, batang buluh itu dipusing-pusing dipercayai untuk memastikan seluruh batang buluh mempunyai rekahan.

Jika tidak yakin, boleh ketuk dari bahagian bawah, hinggalah bahagian atas batang buluh.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post