Menerusi perkongsian di laman X @zhafvlog, dia berkongsi sebuah video sneak peek memaparkan permainan video Upin & Ipin Universe tersebut.
Upin & Ipin Universe ialah konsol permainan open world dan permainan PC pertama yang menampilkan kembar kesayangan.
Difahamkan ia menggunakan Unreal Engine 5 dan menawarkan pengembaraan generasi seterusnya yang menakjubkan.
Menerusi kenyataan media, video permainan ini ia akan dilancarkan pada tahun 2025 ini namun masih belum diketahui lebih lanjut.
Untuk pengetahuan anda, projek permainan ini berjaya dibangunkan hasil kerjasama antara Streamline Studios dan Les’ Copaque.
Dikatakan, permainan video ini ditawarkan menerusi dua platform konsol permainan iaitu PlayStation 5 dan Nintendo Switch.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
