Site icon Kool FM

Tak Sampai 24 Jam Dipromosikan Khairul Aming, Kedai Cendol Ini Penuh Diserbu Pelanggan

Tak Sampai 24 Jam Dipromosikan Khairul Aming, Kedai Cendol Ini Penuh Diserbu Pelanggan


Bagi penduduk sekitar Taman Melati, pasti anda cukup kenal kedai cendol bersebelahan Masjid Salahuddin Al-Ayubbi yang berdekatan kawasan perumahan dan stesen LRT Taman Melati.

Jika dahulu anda tidak perlu menunggu masa lama untuk membeli makanan dan minuman dijual di situ, nampaknya kali ini anda perlukan sedikit kesabaran kerana kedai tersebut diserbu ramai pelanggan selepas dipromosikan oleh influencer terkenal, Khairul Aming.

Artikel Berkaitan:

Pada pukul 6.00 petang, 13 Disember, semalam, Khairul Aming telah memuat naik satu video berdurasi 1 minit 24 saat mengenai Nizam Cendol Goncang, salah satu tempat lepak makan kegemaran influencer itu — katanya setiap minggu beliau akan berada di situ untuk menikmati cendol, mee bandung dan bihun sup.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version