Malaysia Airlines (MAS) menjadi perhatian umum selepas pesawat baharunya, Airbus A330neo, yang baru beroperasi pada 19 Disember, terpaksa digantung operasi selama sekurang-kurangnya 48 jam akibat masalah teknikal.
Pesawat yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000 itu mengalami beberapa kerosakan teknikal selepas penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember.
Menurut laporan New Straits Times, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group, Datuk Kapten Izham Ismail, menyatakan bahawa tiga isu teknikal telah dikenal pasti berpunca daripada kualiti kerja yang rendah semasa proses pengilangan dan penghantaran pesawat tersebut.
“Malaysia Airlines menghadapi beberapa masalah teknikal akibat mutu kerja yang lemah dari pihak kilang, dan ini telah menjejaskan penerbangan sulung pesawat berkenaan,” katanya.
“Pesawat ini kini sedang menjalani proses pembaikan. Kami memerlukan Airbus dan Rolls-Royce untuk menyiasat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
