Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tak Sampai Sesaat Parkir’ – Lelaki Tak Puas Hati Kena Saman Dengan MBdK

today15 July 2024

Background


Media sosial heboh dengan kisah seorang lelaki yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan saman oleh anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBdK), lapor Majoriti.

Menurut hantaran yang dikongsi di laman Threads pada Ahad lalu, lelaki berkenaan mendakwa dirinya disaman secara tiba-tiba ketika baru sahaja meletakkan kenderaan di kawasan parkir tersebut.

Menurutnya, tindakan itu dibuat tidak sampai sesaat dia memarkir keretanya di sebuah lokasi di Klang, Selangor.

Lelaki berkenaan turut menyatakan bahawa dia masih berada di dalam kenderaan serta belum sempat mematikan enjin ketika tindakan saman dilakukan.

“Apa salah aku ni? Baru masuk parking, ni kena bayar sebelum sampai Bandar ke macam mana? MP Klang (MBdK) pula tak layan bila minta akta untuk bayar parking,” tulisnya di laman sosial berkenaan.

Di bahagian komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan penguatkuasa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post