Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Takaful Ikhlas umum manfaat tambahan IWE

today27 November 2025

Background


PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad mengumumkan penambahan manfaat baharu kepada inisiatif khasnya, Ikhlas Waqf & Endowment (IWE).

Diperkenalkan pada 2019, IWE merupakan inisiatif tanggungjawab sosial yang dibangunkan oleh Takaful Ikhlas, diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful am individu.

Melalui IWE, Takaful Ikhlas memperuntukkan sebanyak RM1,000 atas nama peserta bagi tujuan wakaf atau endowmen sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

Bagi memperluaskan manfaat tersebut, Takaful Ikhlas kini memperkenalkan manfaat tambahan baharu berupa khairat kematian berjumlah RM500 kepada waris peserta sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pada waktu yang sukar.

Interim Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MNRB Holdings Berhad dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, penambahan manfaat ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh sokongan kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post