Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Taktikal ‘Powerplay’ Menjadi, Myanmar Bergelar Juara Kumpulan B

today6 April 2022

Background
Futsal Myanmar




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Risiko besar diambil Myanmar nyata membuatkan hasil selepas mereka muncul juara kumpulan B saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022 susulan kemenangan 10-3 yang dilakarkan bertemu Timor Leste, sebentar tadi.

Sedar skuad kendaliannya perlu meraih kemenangan dengan kelebihan enam gol, Bunlert Charoenwong mengambil pendekat yang cukup berani dengan menerapkan taktikal ‘powerplay’ sejak dari awal permainan.

Malah, segalanya tampak cukup menjadi buat Myanmar apabila hantaran-hantaran silang di hadapan gol dilancarkan seringkali menjadi masalah buat para pemain Timor Leste.

Selain itu, ledakan dari sudut sukar yang cukup tepat menemui sasaran juga menjadi senjata utama buat Myanmar.

Situasi menekan yang sangat diperlukan itu jelas dilakukan dengan cukup baik barisan anak buahnya selepas mereka berjaya meledakkan tujuh jaringan pada separuh masa pertama walaupun turut dibolosi tiga gol.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Famili

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan siri PerfectCare Steam Generator 7000 – Hero Model-PSG7130. Siri PerfectCare Steam Generator 7000 direka untuk keselesaan dan kemudahan anda untuk […]

today6 April 2022