Gara-gara takut memberitahu isteri dan keluarga, seorang lelaki di Hong Kong terpaksa berpura-pura pergi bekerja walaupun sudah dipecat tahun lalu. Lelaki berusia 46 tahun itu yang tidak mahu identitinya didedahkan menjelaskan dia sudah memohon hampir semua pekerjaan di laman web pekerjaan Hong Kong tetapi nasib masih tidak menyebelahinya.
Baca juga: Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini
TAKUT BERITAHU ISTERI DAH TAK KERJA, LELAKI INI SANGGUP PURA-PURA KERJA

Dia menyangka telefon bimbitnya rosak kerana tidak menerima sebarang panggilan daripada agensi pekerjaan.
“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas. Saya tidak berani memberitahu isteri saya,” katanya.
Lelaki berkenaan hanya mengharapkan cuti umum sahaja supaya dia boleh tinggal di rumah tanpa disoal oleh isterinya. Walaupun agar sukar menjalani kehidupan berpura-pura namun dia tetap terpaksa melakukannya.
Dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baharu Cina yang bakal tiba…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
