Dalam satu insiden yang lucu dan mengejutkan, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun dilaporkan telah membuat laporan palsu kononnya dirompak hanya kerana takut dimarahi oleh isterinya selepas menghabiskan seluruh gajinya, lapor New Straits Times.
Laporan ini bukan sahaja mengundang tawa, tetapi juga mengingatkan kita betapa kuatnya kuasa seorang isteri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pengawal keselamatan tersebut telah mendakwa dirinya dirompak oleh dua lelaki Rohingya di Kijal.
Katanya, dia telah berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang sebelum dua lelaki tersebut menghampirinya dengan helah meminta bantuan untuk membawa seorang ‘kawan’ yang kononnya sedang sakit ke klinik.
“Dia mendakwa bahawa selepas keluar dari kereta, salah seorang daripada lelaki Rohingya itu telah meletakkan pisau di belakangnya manakala lelaki yang berbaring tadi bangun dan mengacukan parang ke perutnya,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
