Site icon Kool FM

Taliban Rampas Dan Bakar Alat Muzik


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Setelah mendakwa bahawa tali leher adalah simbol salib, Taliban kembali lagi di dada akhbar apabila bertindak membakar alat muzik secara terbuka. Kali ini, alasannya adalah alat muzik adalah suatu perkara yang tidak bermoral dan tidak cukup Islamik, lapor Sky News.

Artikel Berkaitan:

Agensi berita Taliban, Bakhtar melaporkan bahawa pemimpin tempatan, Aziz al-Rahman al-Muhajir, ketua pihak berkuasa tempatan Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat di Herat telah bertindak membakar alat muzik di wilayah barat Herat.

Muhajir berkata, peralatan itu, termasuk gitar, harmonika, dan pembesar suara, telah dirampas di beberapa bandar dan lokasi lain di seluruh wilayah tersebut sebelum dibakar. Dia juga mengeluarkan amaran bahawa jika didapati sesiapa yang menjual alat muzik akan berdepan hukuman berat oleh kumpulan itu.

Tindakan keras itu adalah sebahagian daripada usaha Taliban untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version